daripada pandangan cik mimie lah kan mengenai filem PIB ini..pada awalnya hanya rasa ragu2 lah and x yakin filem niy mcam dibuat2...setelah ditayangkan dan lihat sendiri mereka berlima amar,sara,yaya dan 2 owang lagi rakan mereka melakukan rakaman tersebut PIB dipawagam,sememangnya agak seram dan menakutkan,...kalo nak rase sendiri filem niy best or tak...tgok lah...^^
sinopsis
Ini bermakna cerita yang terkandung di dalam filem ini bukanlah sebuah cerita kosong, sebaliknya adalah sebuah pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di sebuah rumah yang telah ditinggalkan lebih 100 tahun di Perak dan dikenali sebagai ‘Istana Billah’.

“Rumah tinggal yang digelar ‘Istana Billah’ ini mempunyai banyak kisah seram melalui bualan mulut penduduk setempat. Produksi drama ‘Warkah Terakhir’ yang menjalani penggambaran di sana tidak lama dahulu pernah mengalami insiden mengerikan. Ini menunjukkan tempat itu benar-benar mempunyai kisah misterinya dan penonton dapat menyaksikan kesahihannya melalui filem dokumentari ini,” tambah Tengku Iestar lagi.
‘Penunggu Istana’ adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di sebuah rumah tinggalan lama, Istana Billah di Perak iaitu Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Kajian yang dibantu oleh Kumpulan Seekers ini naratifnya dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperolehi mereka sendiri.
Cantuman footage itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka berada di Istana Billah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan. Penemuan inilah merupakan satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan.
Ingin diingatkan, filem ini bukanlah seperti filem-filem seram yang pernah ditayangkan sebelum ini. Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan anda sehingga membuatkan degupan jantung lebih laju daripada biasa, walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan tersebut.
0 comments:
Post a Comment